Jumaat, 29 Mac 2013

BIADOTA KUMPULAN AL MAUNAH


               BIADOTA KUMPULAN AL MAUNAH


1. Mohamad Amin bin Mohamed Razali (Allahyarham)
• Berusia 29 tahun.
• Merupakan Presiden kumpulan Al-Maunah dan menggelar diri sebagai Khalifah
Mujahiddin Malaysia.
• Pernah menganggotai pasukan tentera dan pernah bertugas di Kem 304 (salah satu kem
yang dirompak). Beliau juga yang mengetuai operasi mencuri senjata di kedua-dua
kem tersebut.
• Mengarahkan seorang Lans Korporal di Kem Desa Pahlawan, Kota Baru yang ketika
itu masih menjadi ahli Al-Maunah untuk membeli 28 pasang uniform tentera dengan
telah memberikan RM2,900 kepadanya. Pakaian tersebut juga yang digunakan semasa
merompak kem dan berkubu di Bukit Jenalik.
• Mengarahankan tiga buah Pajero dicat di sebuah rumah sewa di Kati dengan warna
seperti kenderaan tentera dan dipakaikan plet ‘Z’ yang palsu yang bagi digunakan
untuk rompakan senjatapi tersebut.
• Membeli Parang Kembar yang didakwa mempunyai kuasa ajaib dari Pasar Seni
dengan harga RM32,190.00. Parang tersebut juga telah diletakkan di hadapan kubu
mereka atas kepercayaan dapat mengelakkan serangan pihak berkuasa.
• Membunh Prebet Trooper Matthew dan Det. Korporal Saghadevan juga mendera dua
lagi tahanan iaitu Sarjan Shah dan Jaafar Puteh. Sebelum itu mendera dan menembak
Trooper dikaki.
• Membuat tuntutan supaya kerajaan pada masa itu diganti.
• Mengarahkan tiga (3) orang ahlinya mengebom kilang Carlsberg, Guiness dan Kuil
Hindu.
• Menembak Menara Tenaga Nasional Berhad di Lata Kekabu, Lenggong, Perak dengan
menggunakan senjata M-16.
2. Zahit Bin Muslim (Allahyarham)
• Berusia 41 tahun.
• Orang kanan kepada Mohd. Amin
• Bekas komando di Pasukan Polis Unit Vat 69.
• Berpengalaman dalam penggunaan senjatapi ketika insurgensi.
• Mengajar ahli lain menggunakan senjatapi yang telah dicuri.
• Ada bersama Mohd Amin ketika beliau menembak Menara TNB.
3. Jamaluddin Bin Darus (Allahyarham)
• Berusia 39 tahun.
• Dianggap sebagai pembelot kerana masih lagi berkhidmat sebagai Pegawai di
Angkatan Tentera Malaysia berpangkat Mejar.(anggota TUDM butterwoth)
• Merupakan Ketua Al-Maunah di zon utara (Khalifah Utara).
4. Jemari bin Jusoh (Allahyarham)
• Berusia 41 tahun.
• Bekerja sebagai seorang mekanik.
• Menangkap Trooper Matthews dan membawanya kepada Mohd Amin.
• Menembak mati Trooper Matthews atas arahan Mohd. Amin
5. Abdul Ghani Bin Ali@ Ahmad
• Berusia 34 tahun.
• Merupakan seorang Jurutera Mekanikal
• Bertugas sebagai Pensyarah di “Machine Building and Technology” di Malaysian
French Institue di Bandar Baru Bangi.
• Menyertai kumpulan yang merompak senjata di kem bersama Mohd Amin
• Abang kepada Abdul Halim Ali yang ditembak mati oleh pihak berkuasa.
6.Che Sabri bin Che Jaafar
• Berusia 30 tahun.
7.Mohd Ramly bin Mohamood
• Bekerja sebagai Ejen Insurans Takaful Nasional Berhad.
Berusia 46 tahun.
• Bekerja sebagai pemandu di Felcra.
8. Yunus bin Hussin
• Berusia 51 tahun.
• Bekerja sebagai Juruteknik di Tenaga Nasional Berhad.
• Mohd Ramly dan Yunus bertugas sebagai tukang masak di dalam kumpulan tersebut.
9. Suhaimi Bin Hasbullah
• Berusia 41 tahun
• Bekerja sebagai Peniaga.
• Bertanggungjawab menguruskan kawasan perkhemahan.
10. Mohd Zaini Bin Mohd Zainal
• Berusia 25 tahun
• Bekerja sebagai Pembantu gerai makan.
11. Kamaruddin Mustafar
• Berusia 50 tahun.
• Bekerja sebagai Inspektor di Petronas.
• Memandu salah sebuah Pajero semasa pergi ke Kem Tentera tersebut untuk tujuan
rompakan dan memandu ke Bukit Jenalik.
12. Mohd Faadzi Bin Hamdan
• Berusia 39 tahun.
• Bekerja sebagai Penjaga Stor.
13. Abu Bakar Bin Ismail
• Berusia 28 tahun
• Tercedera ketika peristiwa berbalas tembakan dengan pihak berkuasa pada 5hb Julai
2000.
14. Ibrahim Bin Dris
• Berusia 44 tahun.
• Bekerja sebagai Peniaga.
• Pernah berkhidmat dengan Angkatan Tentera selama duapuluh (20) tahun dan bersara
sebagai Sarjan Mejar.
• Telah biasa menggunakan senjatapi M-16 dan mengajar anggota-anggota lain cara-cara
menggunakannya.
• Turut membantu memuatkan senjatapi yang dirompak ke dalam Pajero.
15. Mohd Amin Bin Osman
• Berusia 41 tahun.
• Bekerja sebagai Guru dan di sebuah syarikat komputer.
• Memegang Sarjana Muda Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia
• Bertugas membawa makanan ke tempat perkhemahan, menyediakan kawasan
perkhemahan dan menyediakan makanan.
16. Idris Bin Anas
• Berusia 42 tahun.
• Bekerja Sebagai Jurutekni di Telekom Malaysia.
• Menyertai kumpulan yang merompak senjata di kem bersama Mohd Amin
17. Ahmad Sarkawi Bin Sulong
• Berusia 29 tahun.
• Bertugas mengawasi kehadiran orang luar ke dalam kem mereka dan didalam
melaksanakan tugasnya, dia telah membawa Saghadevan kepada Mohd Amin.
 18. Zainal Bin Mohd Jailani
• Berusia 34 tahun.
• Bekerja sebagai Pekebun.
19. Nasruddin Bin Mohd Jailani
• Berusia 36 tahun.
• Bekerja sebagai Buruh.
• Abang kepada Zainal Bin Mohd Jailani.
20. Mohd Bukhari Bin Ismail
• Berusia 23 tahun.
• Graduan Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Al-Azhar, Egypt.
• Bekerja sebagai kerani di pertubuhan tersebut. Bertugas menjaga akaun dan mengutip
yuran keahlian.
21. Shahidi Ali
• Bekerja sebagai Peniaga.
• Berusia 30 tahun.
• Bertanggungjawab ke atas beberapa letupan di Lembah Kelang seperti Kilang
Carlsberg, Kilang Guiness di Shah Alam dan Kuil Hindu di batu Caves.
• Ditahan di Terengganu
22. Khairul Annual Mohd Ariffin
• Berusia 24 tahun.
• Bekerja sebagai Penganalisis Komputer.
• Bersama-sama Shahidi Ali melakukan letupan-letupan di Lembah Kelang.
• Ditahan di Kelang.
23. Riduan Ibrahim
• Berusia 26 tahun.
• Bekerja sebagai Juruteknik di syarikat telekomunikasi Digi.
24. Azlan Abdul Ghani
• Berusia 24 tahun.
• Bekerja sebagai Juruteknik di NEC.
25. Megat Mohd Hanafi Illias
• Berusia 25 tahun.
• Tercedera terkena tembakan dari Amin
26. Muhammad Nukshah Bandi Che Mansor
• Berusia 26 tahun.
• Menjalankan perniagaan menjual kereta terpakai.
27. Mohd Rosdi Yaacub
• Berusia 42 tahun.
• Bekerja sebagai Posmen.
28. Aziz Kamaruzailan
• Berusia 32 tahun.
• Bekerja sebagai Penganalisis di Pernec.
29. Jasmin Jaafar
• Berusia 29 tahun.
• Bekerja sebagai Eksekutif di syarikat Proton.
30. Abdul Halim Ali (Allahyarham)
• Ditembak mati ketika berbalas tembakan dengan pihak berkuasa pada 4hb Julai 2000.
 KRONOLOGIPERISTIWA
2hb Julai, 2000
• Kejadian rompakan senjatapi telah berlaku di Pos 2, Kuala Rui, Lebuhraya Timur
Barat, Grik, Perak dan di Kem Batalion 304, Infantri (AW), Kem Gerik, Hulu Perak.
• Sekumpulan lelaki berpakaian celoreng Angkatan Tentera Malaysia lengkap dengan
kenderaan berplet tentera dan menyamar sebagai Pegawai Tinggi Tentera telah
menceroboh masuk ke dalam kem dan melarikan sejumlah senjatapi, peluru dan
peralatan tentera.
• Tiga (3) ahli Al-Maunah berlepas ke Lembah Kelang dengan membawa senjata seerti
Granit Launcher, Ml6, enam (6) peluru granit dan hampir empat puluh (40) peluru
M16 untuk menimbulkan huru-hara.
3hb Julai, 2000
• Pihak berkuasa masih belum lagi dapat mengenalpasi identiti perompak senjatapi.
• Sekatan jalanraya diadakan terutama di laluan ke Pengkalan Hulu di sempadan
Malaysia-Thailand serta pintu keluar utama negara bagi mengelakkan kemungkinan
senjatapi diseludup ke negara jiran.
• Koperal Mohd Shah dan Koperal Segadhevan dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis
Daerah Kuala Kangsar yang diarah membuat tinjauan telah diculik dan dijadikan
tebusan.
• Ahli Al-Maunah melepaskan tembakan dari Launcher M203 ke kilang Carlsberg yang
menyebabkan terputusnya bekalan elektrik di kilang.
• Melepaskan tembakan ke kilang Anchor & Guiness namun tiada letupan berlaku.
• Melepaskan tembakan menggunakan Launcher M203 di kuil Hindu Batu Caves tetapi
hanya berjaya mengakibatkan letupan yang kecil sahaja.
4hb Julai, 2000
mendapat maklumat daripada penduduk kampung tentang kehadiran kumpulan tentera
dan latihan senjatapi di kawasan tersebut.
• Trooper Matthews anggota Komando Gerak Khas telah ditangkap dan dijadikan
tebusan dan kemudiannya dibunuh dengan kejam pada hari yang sama.
• Pasukan keselamatan mula mengepung dusun durian di Bukit Jenalik, Sauk selepas
5hb Julai, 2000
Pihak berkuasa telah menjumpai enam (6) kenderaan di Pekan Kati yang digunakan untuk
merompak senjatapi tersebut. Terdapat juga risalah yang memberi petunjuk identiti mereka.
• Berikutan itu identiti penjenayah telah dikenalpasti dan Ketua Polis Negara pada masa
itu telah mengesahkan bahawa kumpulan itu adalah pengikut ajaran sesat yang
mengamalkan ilmu batin dan dikenali sebagai Al-Maunah.
• Seorang penjenayah telah mati ditembak oleh Pasukan Keselamatan ketika kejadian
tembak menembak dan seorang lagi tercedera di kaki ketika kejadian tembak
menembak tersebut.
6hb Julai, 2000
• Beberapa ahli keluarga telah dibawa ke lokasi bertujuan untuk memujuk ahli Al-
Maunah agar menyerah diri termasuklah ibu dan isteri Amin dan isteri Jasmin.
• Penjenayah mula menyerah diri secara berperingkat-peringkat.
1. Yunus b. Hussin
2. Mohd Ramly bin Mohamood
3. Aziz Kamaruzailan
4. Ibrahim Dris (ditugaskan menghantar utusan kepas pihak berkuasa tetapi
mengambi! kesempatan untuk menyerah diri).
5. Mohd Amin Osman
6. Abu Bakar Ali
7. Jemari Jusoh
8. Sharkawi Sulong
9. Zainal Mohd Jailani
10. Jasmin Jaafar
11. Mohd Roshidi Yaacub
• Amin meminta untuk berbincang dengan Panglima Medan Tentera Darat.
• Lt. Jen(B) Dato’ Seri Panglima Zaini b. Mohd Said telah naik ke Bukit Jenalik bersama
SAC II Hadi dan lebihkurang limapuluh (50) komando dengan menaiki tiga (3) kenderaan
perisai.
• Seramai lima belas (15) orang lagi ahli kumpulan menyerah diri.
• Ketua kumpulan iaitu Mohd Amin Razali yang paling akhir menyerah diri setelah
ditumpaskan oleh Lt. Jen(B) Dato’ Seri Panglima Zaini b. Mohd Said

SUMBER: BLOG AMMAR

7 peringkat solat

                       7  PERINGKAT SOLAT


  • Sembahyang Orang Jahil

Sembahyang seseorang yang tidak faham tentang rukun sembahyang, syarat wajib sembahyang, syarat sah sembahyang, persoalan suci dari hadas kecil dan hadas besar dan sebagainya. Sekalipun sembahyang itu kemas, tepat pada waktunya dan berjemaah, tetap tertolak kerana dilakukan tanpa ada ilmu.

  • Sembahyang Orang Lalai

Pada zahirnya adalah lengkap. Ini kerana sebelum sembahyang itu dikerjakan, ilmu mengenainya sudah dipelajari. Bacaan dalam sembahyang dijaga betul. Tapi fikiran orang orang yang bersembahyang itu melayang, memikirkan perkara lain, tidak menghayati sembahyangnya. Sedangkan khusyuk dalam sembahyang merangkumi khusyuk, akal, hati dan perbuatan. Golongan inilah yang dikatakan lalai di dalam sembahyang sepertimana firman Allah: "Sebab itu, celakalah bagi orang-orang yang bersembahyang dan mereka lalai dari sembahyangnya."
Surah Al-Ma'un, Ayat 3 dan 4. Mereka ini akan Allah masukkan ke dalam Neraka Wail.

  • Sembahyang Kerana Selain Allah


Sembahyang yang dilakukan kerana adat dan budaya. Mungkin seseorang itu lahir dalam suasana Islam. Sejak kecil dia melihat orang sekelilingnya sembahyang, lantas dia pun sembahyang. Ini bermakna sembahyangnya bukan kerana syariat tapi kerana takut dimarahi ibu bapa, takut tersisih dan sebagainya. Sembahyang bagi golongan ini juga tertolak.

  • Sembahyang Peringkat Mujahadah

Golongan yang sembahyangnya diperingkat ini pula, mereka memiliki ilmu tentang sembahyang dan berusaha menghayati sembahyangnya. Mereka ada kesungguhan tetapi jiwa tidak hidup. akal sudah berperanan, tetapi hati belum dapat dibawa bersama di dalam sembahyangnya. Bahkan di dalam sembahyang, mereka bermujahadah untuk mendapatkan rasa khusyuk. Allah sayang pada orang yang bermujahadah. Allah menerima sembahyang golongan ini setakat yang mereka khusyuk sahaja. Walau bagaimanapun, mereka masih belum tentu selamat. Terpulanglah kepada Allah menentukannya. Kalau dengan rahmat Allah, Dia hendak mengampunkan dosa hambaNya, Dia ampunkan. Kalau Dia hendak siksa pun, itu adalah hakNya sebagai Tuhan.

Sembahyang Orang Soleh


  • Diperingkat sembahyang ini, akal fikiran sudah boleh ditumpukan supaya khusyuk kepada Tuhan di dalam sembahyangnya tetapi jiwa dan hati belum sepenuhnya dikawal. Akal sudah boleh disibukkan dengan mengingatkan makna-makna bacaan dan pergerakan sembahyang. Golongan ini sudah tidak lalai dalam sembahyang. Untuk sembahyang kita diterima, kita sekurang-kurangnya berada diperingkat ini. Ia peringkat paling minimum.

  • Sembahyang Para Wali

Di peringkat sembahyang para wali, akal, hati dan fizikal telah dapat dikawal. Golongan ini sudah dapat menghayati sembahyang. Apabila menyebut Alhamdulillah, hati terasa bersyukur dan akal memahaminya. Bila berdiri tegak, dia dapat merasakan bahawa dirinya sedang menghadap Tuhan. Bila bertasbih, terasa dirinya kerdil dan hina di hadapan Tuhan yang Maha Agung. Bila berdoa, hati sentiasa rasa mengharap. Sembahyang beginilah yang melahirkan rasa kehambaan. Bahkan dapat merasakan kelazatan di dalam sembahyang.

  • Sembahyang Para Nabi-nabi dan Rasul-rasul

Golongan ini terlalu khusyuk sembahyangnya, dengan lain perkataan 'fana' dengan Allah. Roh mereka sampai ke alam yang tinggi. Sifat-sifat Allah dihayati sungguh-sungguh. Bahkan mereka boleh sampai ke alam malakut. 
Begitulah di antara beberapa peringkat sembahyang yang boleh kita kategorikan. Sembahyang yang dapat dihayati sungguh-sungguh akan dapat memberikan kesan kepada orang yang melakukannya. Sebaliknya rugilah mereka yang lalai di dalam sembahyang. Sembahyang mereka seperti patuk ayam yang tidak tahu makna apa-apa tentang sembahyangnya.

P/S: Sama-sama kita muhasabbah diri... wallahualam...

GERAKAN DAKWAH

Dalam gerakan dakwah, manusia yang mendukung gerakan dakwah itulah yang dikatakan sebagai aset dakwah yang memberikan kekuatan kepada gerakan dakwah.

Gerakan dakwah sebenarnya tidak memiliki kebergantungan kepada kekuatan dari segi kekayaan harta benda, pejabat, bidang-bidang perniagaan dan sebagainya, tetapi kekuatannya adalah bergantung sepenuhnya kepada manusia yang menjadi anggotanya.

Jadi ia berbeza sama sekali dengan syarikat perniagaan atau organisasi-organisasi dalam pandangan sekular.

Dalam rangka menegakkan tugas khilafah, jamaah mesti sentiasa berkembang dan tidak boleh statik.Perkembangan ini berlangsung seiring dengan pertumbuhan jumlah aset yang dimiliki oleh gerakan dakwah.

Untuk itu, setiap anggota gerakan hendaklah bersikap ofensif dalam melakukan usaha perekrutan dan pembinaan melalui halaqah-halaqah dan usrah-usrah yang terus berkembang. Pola halaqah ini adalah cara pertumbuhan yang paling khusus dalam gerakan dakwah.

Pertumbuhan aset gerakan dakwah memiliki tiga sudut yang tidak boleh terpisah antara satu dengan yang lain iaitu :

PERTAMA : PERTUMBUHAN KUANTITI

Seluruh pertumbuhan gerakan dakwah mestilah melalui tarbiyah. Lantaran itu jamaah mestilah meningkatkan kualiti pembinaan samada tarbiyah sebelum tanzhim atau selepas tanzhim.

Berbagai usaha hendaklah diarahkan untuk meningkatkan kemampuan setiap aktivis dakwah mentarbiyah sehingga mereka yang terbina dengan gerakan dawah kita memiliki kualiti keahlian yang baik.Semakin ramai ahli masyarakat ditarbiyah maka semakin baik pertumbuhan gerakan dakwah.

Pembinaan sebelum penggabungan dengan gerakan merupakan pintu gerbang penglibatan seseorang dengan jamaah. Semakin ramai jumlah anggota teras maka semakin ketat pulalah pola tarbiyah yang dilakukan oleh kerana pintu masuk jamaah semakin banyak dan terbuka. Kualiti tarbiyah hendaklah sentiasa ditingkatkan dari masa ke semasa.

Untuk menumbuhkan perkara-perkara yang menjadi tunjang kepada gerakan, tarbiyah juga memainkan peranan utama. Dalam melahirkan para pakar misalnya perlu daurah-daurah atau tarbiyah secara khusus.

Kita tidak mungkin melahirkan seorang pakar ekonomi Islam misalnya tanpa melalui pembinaan terlebih dahulu. Demikian pula tidak mungkin lahir seorang ahli politik Islam tanpa tarbiyah.

Sungguhpun begitu besarnya peranan tarbiyah ini, tetapi jamaah tidak boleh terjebak menjadi jamaah tarbawiyah atau jamaah yang orientasinya semata-mata tarbiyah. Gerakan dakwah tidak boleh semata-mata menumpukan pada tarbiyah secara maknanya yang sempit. Ia adalah gerakan yang syamil (lengkap) meliputi seluruh aspek hidup manusia dan tidak terperosok pada aspek yang juz’ie (sebahagian).

Unsur yang paling pokok dalam pertumbuhan gerakan dakwah ini adalah keperluan memperhatikan :

1. PERTAMBAHAN PERTUMBUHAN JUMLAH.

Ini dilakukan dengan melihat keselarasan jumlah pendakwah dengan mad’u yang ada dalam keseluruhan pembinaan.

Seringkali kita terjebak dengan banyaknya jumlah peminat dakwah tetapi tidak dapat menanganinya secara berkualiti sehingga pada akhirnya tidak menghasilkan pertambahan aset gerakan dakwah.
Bagitu juga jamaah mengalami masa-masa sulit yang membuatkan orang sukar untuk mengikuti kegiatan tarbiyah ini. Dalam pada itu aktiviti tarbiyah hendaklah sesuai dengan situasi, keadaan, sikap-sikap ataupun peristiwa-peristiwa dalam masyarakat yang meliputinya.

Agar pertumbuhan jumlah ini selaras dengan keperluan gerakan dakwah, hendaklah wujud pemeliharaan ke atas piramid dakwah.

Peringkat-peringkat fasa pembinaan mestilah jelas dan tidak meragukan. Mulai dari peringkat aktivis dakwah, para pendukung dakwah, para pencinta dakwah hingga ke peringkat dakwah umum. Peringkat-peringkat ini merupakan penapis yang menjaga kerahsiaan aktiviti dakwah. Lantaran itu tidak boleh ada penapis yang hilang disebabkan oleh kerana lemahnya pembinaan.

2. PENYEBARAN POTENSI GERAKAN DAKWAH.

Seelok-eloknya potensi dakwah yang kita miliki menyebar sesuai dengan tuntutan medan dakwah yang kita hadapi. Pembahagian wilayah dakwah perlu memperhatikan pembahagian wilayah yang ada dalam masyarakat.

Penyebaran potensi boleh dilakukan secara individu ataupun dengan penyebaran gerakan dakwah berbentuk kebangkitan usaha-usaha tarbiyah. Dalam proses penyebarannya, sudah tentu perlu disesuaikan dengan keperluan gerakan dakwah serta daya dukungnya.

3. KOMPOSISI PENGUASAAN-PENGUASAAN YANG ADA

Dalam permulaan yang sederhana, penguasaan dalam gerakan ini boleh dibahagikan kepada tiga :

a. Dakwah.
b. Ilmu pengetahuan.
c. Seni berdakwah.

Dalam satu unit gerakan dakwah, komposisi yang ideal adalah 2-1-1 atau 50 peratus dakwah sedangkan ilmu pengetahuan dan seni berdakwah masing-masing 25 peratus.

Namun, perlu sentiasa diingat bahwa dalam penambahan jumlah, ianya selalu dikaitkan dengan rukun-rukun ‘bai’ah’, bukan keperluan penguasaan itu sendiri. Strategi juga perlu memperhatikan pemanfaatan potensi yang lahir di medan dakwah yang kita hadapi dan potensi hasil pembinaan dari luar.

KEDUA : PERTUMBUHAN KUALITI GERAKAN DAKWAH

Pertumbuhan kualiti gerakan dakwah sudah semestinya mengikuti pertumbuhan kuantiti. Jangan sampai jumlah aktivis lebih ramai tetapi aktiviti mereka menurun kerana kualiti yang ada semakin rendah.

Pertumbuhan kualiti gerakan dakwah perlu menumpu kepada peningkatan yang dilakukan samada dalam pembinaan sebelum tanzhim ataupun selepas tanzhim.

Untuk meningkatkan kualiti ini, setiap anggota gerakan dakwah hendaklah meningkatkan interaksi dengan rukun-rukun ‘bai’ah’, kerana pertumbuhan kualiti gerakan sangat dipengaruhi oleh sejauh mana interaksi dengan rukun-rukun ‘bai’ah’ ini berlangsung.

Ada tiga unsur yang meningkatkan interaksi para aset gerakan dengan rukun-rukun ‘bai’ah’ :

1. Syarat-syarat menjadi pekerja dakwah.
2. Cara-cara pembentukan pekerja dakwah.
3. Cara-cara penilaian terhadap pekerja dakwah.

Semakin luas wilayah dakwah hendaklah diiringi dengan melaksanakan syarat-syarat menjadi pekerja dakwah dengan seketat mungkin melalui program-program tarbiyah yang ada.

Ketika jumlah kita 10 orang misalnya, ia memerlukan interaksi syarat-syarat pemeringkatan sebanyak 1%. Apabila jumlah ini meningkat menjadi 100 orang maka interaksi mestilah meningkat pula sehingga sampai 10%.

Apabila pertumbuhan jumlah ini tidak diiringi dengan pertambahan interaksi, maka tidak mungkin akan mampu mengatasi masalah yang akan timbul dalam pelayanan dakwah.

Kemampuan menjangka masalah gerakan dakwah ditentukan juga oleh pertumbuhan interaksi yang menentukan tingkatan kualiti gerakan itu.

Jamaah telah menjadikan tarbiyah sebagai ikatan yang tidak boleh lepas dari setiap aktivis dakwah. Ia berlaku sepanjang hayat. Tidak ada istilah pencen dari tarbiyah atau tidak memerlukan tarbiyah.Tidak ada seorangpun dari anggota gerakan dakwah yang boleh lepas dari tarbiyah.

BEBERAPA CONTOH INTERAKSI GERAKAN DAKWAH

Setiap aktivis dakwah hendaklah sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti gerakan dan menerima perkembangannya dengan lapang dada.

Jangan bersikap sebagai penonton (komentator) yang ke sana ke mari hanya memberi penilaian sahaja. Sikap lapang dada merupakan faktor paling utama untuk sanggup melaksanakan tugas.

Semakin kuat interaksi seseorang dengan gerakan dakwah, semakin lapang dadanya dan semakin mampu melaksanakan tugas dakwah. Interaksi yang lemah membuatkan dada sempit dalam menerima perintah dan tugas.

Contoh suatu masyarakat yang lemah interaksinya dengan gerakan adalah Bani Israil.
Berbagai peristiwa menunjukkan kelemahan mereka.

PERISTIWA 1

Tatkala mereka minta seorang pemimpin kemudian ditunjukkan oleh Allah mereka menolak dan berkata :
“Bagaimana dia ( Thalut ) menjadi seorang raja padahal kami lebih berhak daripadanya lagi pula dia tidak punya banyak harta, … “ (QS Al Baqarah :247 )
Ini kelemahan dalam menjangka perkembangan struktur yang telah dipersiapkan oleh Nabi mereka.

PERISTIWA 2

Ketika Allah memerintahkan mereka untuk menyembelih seekor lembu betina, mereka menganggap perintah itu sebagai ejekan. Mereka berkata kepada Nabi Musa :

“Apakah engkau hendak menjadikan kami olok-olokan ? … “ (QS Al Baqarah :67)

Sikap ini menunjukkan kelemahan menerima perintah Allah, iaitu tiadanya kesediaan untuk mengikuti petunjuk dan bimbingan Allah.

PERISTIWA 3

Dalam menanggapi nikmat kurniaan Allah mereka tidak puas, malahan minta diberi lebih dari bahagian yang ditentukan, kata mereka :

“… Wahai Musa kami tidak mampu dapat bersabar dengan satu jenis makanan sahaja. Maka mintalah kepada Rabbmu agar Ia mengeluarkan bagi kami dari hasil buminya iaitu sayur mayurnya, timunnya, bawang putihnya, kacang adasnya dan bawang merahnya … “ (QS Al Baqarah : 61)

Oleh kerana watak Bani Israil yang sedemikian, Nabi Musa perlu bersikap lapang dada. Sejak awal tatkala Allah memerintahkan Nabi Musa as menghadapi Fir’aun, Nabi Musa pun memohon agar Allah melapangkan dadanya melalui firman Allah :

“Pergilah kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Berkata Musa, Ya Rabbku lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekeluan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku (iaitu) Harun saudaraku, teguhkanlah dengan dia kekuatanku dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku … “ (QS Thaha : 24-32 )

Nabi Musa menerima tugas yang sangat berat. Ia mesti berbicara tentang kebenaran di hadapan tokoh kejahatan dan raja yang zalim di mana bila-bila masa sahaja ia mampu untuk membunuhnya.

Nabi Musa menyedari bahwa hanya dengan pertolongan Allah ia dapat melaksanakan perintah ini dengan berjaya, betapapun sukarnya perintah tersebut.

Maka pertolongan atau dukungan Allah yang paling dimohonnya ada tiga :

1. Allah melapangkan dada dan memudahkan urusannya.

Lapang dada memang satu mata rantai yang tidak boleh putus dari kemudahan urusan sebaliknya sempit dada merupakan saudara kembar dari berbagai kesulitan.

Seorang yang Allah berikan petunjuk, maka Allah bukakan hatinya untuk Islam, sedangkan orang yang akan sesat pasti sukar menerima arahan Islam. Firman-Nya :

“Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit. Seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.”QS (Al An’am : 125)

Rasulullah saw pun sepanjang penurunan wahyu terus menerima surah Dhuha dan surah Al Insyirah yang memperlihatkan kasih sayang Allah bagi melapangkan hati Rasulullah saw agar dalam aktiviti gerakan dakwah yang sukar akan menerima kemudahan.

2. Allah membuang kekeluan lisan dan membuatkan orang memahami dakwah.

Nabi Musa membuang kekeluan lisan pada dirinya.
Kekeluan lisan dalam maknanya yang lebih luas bukan sahaja bererti lidah yang gagap atau tidak pandai berbicara tetapi juga meliputi lidah yang gemar mengumpat, mencari kesalahan orang, mengejek-ngejek dan berbagai sikap yang tidak layak dalam melakukan dakwah di mana ini juga termasuk dalam kategori kekeluan lisan.

Setiap aktivis dakwah hendaklah menjauhkan diri dari kekeluan lisan ini. Mereka antara satu sama lain hendaklah bersikap saling bersahabat, saling merangkul, saling bertoleransi, saling membela dan sebagainya.

Ini untuk menimbulkan kesatuan kata yang dihadapkan pada objek dakwah. Dengan keterbukaan hati dan benarnya pengucapan lidah maka orang akan mudah memahami seruan kita serta menyambutnya.

Ia berpokok pangkal pada saling memahami di antara para pendakwah dan seterusnya membawa kefahaman kepada objek dakwah.

3. Allah memunculkan para penolong dalam tugas dakwah ini.

Iaitu para pendukung setia (wazir) yang merupakan orang-orang yang memiliki aqidah, fikrah dan minhaj dakwah yang sama. Mereka adalah orang-orang pilihan Allah untuk mendukung kebenaran sepertimana pertolongan Allah kepada Nabi Musa dengan adanya Nabi Harun sebagai ‘wazir’.

KETIGA : PERTUMBUHAN KEMAMPUAN

Kemampuan dalam gerakan dakwah sangat bergantung kepada sejauhmana peningkatan dan kualiti dalam gerakan dakwah tersebut.

Jamaah yang kuat hanya akan terwujud apabila memiliki suatu jumlah yang memadai dan dengan mutu yang tinggi.

Jumlah memadai di sini adalah jumlah yang berkesan untuk melakukan pengendalian masyarakat sehingga kemampuan menguasai massa ini menjadi ukuran sejauhmana dakwah telah berkembang.

Ingatlah bahwa dalam gerakan dakwah, kita sentiasa melihat tiga faktor yang menjadi syarat pengendalian ini :

a. Jumlah yang cukup untuk pengendalian masyarakat.
b. Semangat keimanan yang kuat.
c. Kekuatan yang tersusun atau terurus dengan rapi.

Banyak organisasi-organisasi Islam yang mempunyai jumlah anggota lebih dari cukup tetapi mereka tidak memiliki semangat yang kuat serta tidak tersusun rapi.

Akibatnya organisasi tersebut menjadi permainan musuh-musuh Islam. Jumlah yang besar tanpa semangat dan pengurusan yang rapi sama halnya dengan kerangka tubuh yang besar namun tidak berisi.

Semangat akan muncul apabila doktrin-doktrin gerakan dakwah sudah melekat di hati kaum muslimin sedangkan pengurusan yang mantap akan dapat diwujudkan apabila umat yang bersemangat kuat itu mahu menyatukan diri mereka ke dalam ‘hizbullah’.
Dalam menggambarkan jumlah yang berkualiti dan berkemampuan, Allah memperingatkan agar kita jangan tertipu oleh ramainya kaum muslimin dalam sesebuah negeri. Sesungguhnya hanya yang mengikuti sistem Allah sahaja yang memiliki kekuatan yang tersusun rapi.

Mereka memiliki pemimpin yang ikhlas, konsep yang jelas, pengikut yang taat serta aktiviti yang berterusan.

Firman Allah swt :

“ Katakanlah : Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu ke (jalan) Allah dengan hujjah yang nyata. Maha Suci Allah dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik “ ( 12:108 )

Dalam gerakan dakwah, setiap aktivis dakwah hendaklah memiliki keseimbangan peribadi sebagai “Syakhsiyah Jama’iyah” (Peribadi jamaah) dan “Syakhsiyah Ijtima’iyah” (Peribadi masyarakat).
Sebagai peribadi jamaah, aktivis dakwah adalah merupakan tenaga jamaah atau salah seorang yang menjadi wasilah dari gerakan dakwah sedangkan secara fungsinya, ia memiliki keterkaitan dengan masyarakat dakwahnya.

Agar keseimbangan ini terwujud maka setiap aktivis dakwah hendaklah memiliki disiplin yang kuat dalam bersikap. Janganlah ia mengeluarkan bahasa kemasyarakatan kepada individu jamaah yang boleh menimbulkan kelonggaran dalam ukhuwah atau bahasa jamaah kepada masyarakat yang menyebabkan terbukanya celah keselamatan.

Di setiap tempat ada pembicaraan yang khas, sebagaimana dikatakan orang :

“Berbicaralah kepada ahli dunia dengan bahasa ahli dunia dan berbicaralah kepada ‘Ahlillah’ dengan bahasa ‘Ahlillah’.”

Setiap aktivis dakwah mempunyai tugas dan fungsi masing-masing yang merupakan tanggungjawabnya di hadapan Allah. Dalam membentuk peribadi kemasyarakatan, pada dasarnya kita tidak membangun tokoh yang nantinya menjadi orang yang mempunyai kedudukan istimewa.

Sesungguhnya dalam berjamaah, kedudukan ikhwah dan akhawat adalah semuanya sama kecuali dalam tugas dan fungsi pengurusannya

Ketaatan kepada pimpinan di semua sektor menjadi kejayaan kepada program ini. Ketua rumahtangga misalnya bukan kedudukan yang mudah justeru merupakan kunci dan kekuatan jamaah.

Menurut Syeikh Jumaah Amin dalam kitabnya “Tsawabit Wal Mutaghayyirat” (Unsur-unsur tetap dan berubah) bahwa kandungan dakwah Imam Hasan Al-Banna ialah :

a. Menggerakkan semula umat daripada lamunan yang panjang.
b. Mengejutkan kembali minda umat agar mereka faham.
c. Menyentuh hati umat supaya mereka beriman.
d. Menghidupkan keinginan umat agar mereka berazam.
e. Menggerakkan anggota umat agar mereka bekerja.

Dakwah ialah :

1. ‘Amal fikri’ (usaha minda) yang menerangi akal.
2. ‘Amal da’wi’ (usaha dakwah) yang mendorong perasaan.
3. ‘Amal tarbawi’ (usaha pentarbiyahan) yang melahirkan peribadi Islam yang seimbang.
4. ‘Amal ijtima'ie’ (usaha kemasyarakatan) yang menyumbang menyelesaikan permasalahan masyarakat dan menyebarkan kebaikan.
5. ‘Amal iktishadi’ (usaha ekonomi) untuk membebaskan ekonomi negara daripada cengkaman barat dan riba.
6. ‘Amal siyasi’ (usaha politik) untuk menegakkan pemerintahan negara yang melaksanakan hukum Islam.
7. ‘Amal jihadi' (usaha jihad) untuk membebaskan tanah milik umat Islam di serata dunia daripada penjajahan asing melalui manhaj Nabi saw.

Perkara yang kita perkatakan ini perlu kepada penegasan bahawa Islam ialah :

a. Risalah tarbiyah sebelum menjadi risalah tanzim dan tasyri'.
b. Risalah nilai dan neraca sebelum menjadi risalah jihad dan perang.

Oleh yang demikian, ia perlu kepada beberapa kefahaman :

PERTAMA :

Objektif daripada perlaksanaan manhaj Nabi saw adalah untuk mewujudkan realiti amali yang Islamik, di mana hukum-hukum syariat dilaksanakan secara ruh dan nas.

Tidak sepatutnya kita menuntut Islam menyelesaikan permasalahan yang kita hadapi sebelum kita sendiri mewujudkan satu realiti persekitaran yang dilaksanakan syariat dan hukum di dalamnya.

Perkara ini tidak boleh diwujudkan dengan paksaan tetapi dengan tarbiyah, keyakinan dan iman.

KEDUA :

Amal untuk mencapai objektif objektif tersebut hendaklah dilakukan melalui perancangan berperingkat-peringkat.

Amal tidak seharusnya berganjak ke satu peringkat kecuali setelah objektif peringkat sebelumnya tercapai. Begitu juga amal dalam peringkat-peringkat ini hendaklah bersifat anjal kerana tabiatnya yang saling kait mengait antara satu sama lain.

Ini adalah kerana pencapaian objektif mana-mana peringkat akan membantu usaha mencapai objektif di peringkat seterusnya, sepertimana pencapaian semua objektif di semua peringkat akan menyumbang ke arah pencapaian objektif terbesar.

Oleh itu kewujudan individu muslim akan membantu ke arah pembentukan keluarga muslimah. Kewujudan keluarga muslimah pula akan membantu kepada pembentukan masyarakat muslim dan begitulah seterusnya.

KETIGA :

Amal untuk mencapai objektif-objektif tersebut hendaklah dilakukan secara kolektif, yang mempunyai pimpinan yang berakar umbi dalam masyarakat dan mengepalai kelompok mukmin.

la bekerja untuk membentuk pendapat umum yang Islamik, yang akan mengembeling pelbagai tenaga bagi mencapai objektif Islam.

Amal ‘fardi’ (individu) tidak mampu mencapai objektif-objektif tersebut, di samping Islam sendiri agama jamaah yang mentarbiyah individunya dengan pengertian ini.

Penguasaan masyarakat sangat bergantung kepada pertumbuhan lima (5) jenis aktiviti dakwah di dalam masyarakat seperti berikut :

1. Para khatib yang bersemangat.
Iaitu mereka yang mampu menyampaikan pesanan-pesanan Islam dengan jelas dan terang, penuh bersemangat dan dinamik.

Para khatib bersemangat muda yang menyampaikan hikmah (pengetahuan) orang-orang tua yang penuh pengalaman. (hikmatus syuyukh fi hamasatus syabab) bukan semangat orang tua dengan pengetahuan pemuda yang cetek.

Para khatib ini hendaklah mampu melakukan pengerahan massa dan menumbuhkan semangat berdasarkan iman dan pengetahuan bukan emosi dan kebencian.

2. Orang-orang faqih di tengah masyarakat
Iaitu para ulama’ yang takut pada Allah dan hidup di tengah-tengah masyarakat :

a. Memberikan bimbingan dan fatwa-fatwa yang lurus dan benar tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
b. Menjadi pendidik dan tempat bertanya yang tidak menimbulkan keraguan dan perpecahan.
c. Sentiasa menghidupkan toleransi antara mazhab (fiqh) yang menjadi titik pertemuan yang menyatukan umat. Oleh itu, ia sentiasa dicintai, didukung dan dibela oleh masyarakatnya.

Khatib masyarakat menjadi pendorong masyarakat ke jalan Allah sedangkan golongan faqih masyarakat membimbing masyarakat di jalan Allah. Dia bukan faqih lantikan yang memberi fatwa berdasarkan arahan tetapi benar-benar menyuarakan pimpinan Allah dan RasulNya.

3. Aktiviti kemasyarakatan atau sosial

Tujuan utama dari aktiviti ini ialah untuk melaksanakan fungsi masjid-masjid sesuai dengan bimbingan Rasulullah saw.

Untuk tujuan itu, perlu dibuat kerjasama sosial dengan berbagai lapisan masyarakat untuk mendekatkan umat pada masjid. Sasaran program ini adalah bagi memperkuatkan para pendakwah sebagai pelopor dalam berbagai bidang.

Para pendakwah hendaklah disokong sepenuhnya agar mereka mampu menyantuni masyarakat ramai sehingga mereka memiliki prestasi yang tinggi yang menjadikan umat mudah mengikuti panduan dan arahan para pendakwah tersebut. Biasanya masyarakat akan mudah menerima apabila dakwah dimulai dengan santunan yang memperhatikan akan keperluan mereka.

4. Projek ekonomi masyarakat kecil

Gerakan dakwah turut meningkatkan taraf ekonomi umat Islam yang pada umumnya masih sangat lemah. Usaha-usaha ekonomi mestilah berbentuk usaha yang ringan, mudah dijangkau dan menjadi milik masyarakat.

Berbagai kelab, perhimpunan atau organisasi ekonomi kecil perlu ditumbuhkan dan dibimbing oleh para pendakwah yang sekaligus menjadi pembimbing rohani mereka. Sasaran program ini adalah agar masyarakat pendukung dakwah dapat berdikari di satu sudut dan di sudut lain dapat pula mengendalikan kelajuan sistem ekonomi secara keseluruhan.

5. Penerangan yang memasyarakatkan

Potensi penerangan hendaklah tumbuh dari orang-orang yang memahami aqidah, fikrah dan manhaj serta berdisiplin dengan kebijaksanaan jamaah agar pembentukan pandangan umum sesuai dengan perancangan dakwah.

Ini adalah kerana bidang ini merupakan salah satu pusat tumpuan suatu gerakan dakwah. Yang penting, ia mestilah mempunyai kemampuan untuk menyebar dan meluas dengan cepat dalam berbagai bentuknya yang ringan seperti buletin, brosur, maklumat, majalah, akhbar dan berbagai bentuk lainnya yang murah dan dapat dijangkau oleh masyarakat.

Selain itu, perlu pula menyokong bahan penerangan umat Islam sedia ada agar memiliki ruh dan fikrah Islam.

Para pakar dalam gerakan dakwah seharusnya menyumbangkan tulisan-tulisan yang bermutu pada bahan-bahan penerangan yang dimiliki oleh umat Islam. Selain itu, usaha pendidikan Islam perlu dimunculkan melalui siaran-siaran radio, televisyen dan sebagainya melalui jalan yang boleh ditempuh dengan tidak meninggalkan unsur-unsur syar’ie dalam penyajiannya.

Ya Allah, tetapkanlah kaki kami di atas jalan dakwahMu yang lurus yang memiliki fikrah yang asli yang sentiasa berpaut pada tiang yang tegap, dinding yang kukuh dan tapak asas yang mantap dan utuh sehingga ianya kekal terpelihara dari kemusnahan dan kehancuran. Jadikanlah kami orang-orang yang tetap berpegang teguh dengan fikrah yang jelas ini serta menyerahkan jiwa raga kami bagi mempertahankannya.